
Dah lama Aku x tulis aktiviti aku kat dalam blog ni.Maklum la tahun ni Aku rasa tahun yg paling mencabar buat Aku sebab nye dgn ekonomi global yg x menentu ni Aku dan isteri dah berhenti kerja sebab kitorang ambil VSS.
Lepas kitorang dapat duit pampasan tu,kitorang try berniaga kat Pahang buka warung kat tepi jalan.Memang best berniaga kat sana sebab nye ramai pelanggan Aku pakcik-pakcik yg memang 'kaki ngeteh'(maklum la bapa mertua orang kuat ngeteh kat sana..hehehe...).Kitorang jual nasi lemak,mee goreng,kuetiaw goreng,pecal(org jawa tau la),bihun goreng,lontong ngan kuih.Kuih orang lain yg wat kitorang tolong jual kan je.Kitorang wat air sekali..
Kitorang start niaga kol 6.30 pg,itu pun dah ada pakcik yg tunggu dan bising2(ni pak Cat ngan Pak Mat Ali la ni..) cakap kami buka lambat.Kitorang rasa dah ok la tu memandang kan warung kitorang ni x de elektrik.Itu pun harapkan lampu kereta wat sementara.
Waktu paling sibuk kitorang sekitar kol 7.30 pg.Memang x menang tangan nak layan pelanggan.Itu pun terpaksa harap kan bapa mertua Aku kutip dan basuh pinggan. Isteri Aku lak sibuk layan pelanggan yg nak membungkus.Aku pun terpaksa tolong sekali.Tapi yg best nye kol 9.00 pg kitorang dah tutup warung dah.itu pun diorang bising gak kata awal sangat tutup.
Lepas niaga kitorang terus gi belanja untuk hari esok lak.
Pastu balik umah isteri Aku terus gunting lada untuk wat sambal nasi lemak.Awal2 tu kitorang niaga gak waktu petang iyalah jual air,pisang goreng,cucur udang ngan cedodok pisang.Tapi sekejap je sebab susah nak cari pisang.
Aku berniaga x lama sebab Aku rasa x berbaloi yg kami dapat.Memang hari2 kami niaga x pernah x habis tapi bila tolak semula dengan modal,x dapat banyak pun.So, kami pun ambil keputusan nak balik JB semula dan cari kerja kat sana.