Tuesday, December 9, 2008

SELAMAT HARI RAYA KORBAN







Aku nak ucapkan Selamat hari raya haji kepada semua khususnya untuk Adik beradik aku yang berkumpul semuanya di rumah En Sarom. Tahun 2008 keluarga En Sarom membuat korban seekor lembu untuk Aku, Jeman, Isa, Ipin, Angah, Nora dan Iza. Moga di murahkan rezeki dan diberkati Allah.Amin...





Ok..sekarang ikut cikgu... semua kepala ke kanan!!!







Selepas proses penyembelihan






Aktiviti membuang kulit





Waktu menimbang daging



Aku sekeluarga sempat bergambar selepas sembahyang

Thursday, October 9, 2008

Raya 2008

Raya tahun ni turn aku sambut di rumah mertua di pahang. Oleh kerana aku dapat cuti awal jadi sebelum raya aku balik ke rumah orang tua dulu di Kota Tinggi. Sempatlah juga pasang pelita kat sana. Aku bertolak ke pahang pada 2 hari sebelum raya pasal Siti kata nak tolong mak dia buat persiapan raya.

Sebelum ke Pahang aku ke bandar Johor Bahru kerana ada kerja yang hendak di selesaikan. Kenderaan agak lengang pada hari itu jadi aku ambil masa 4 jam untuk sampai ke rumah mertua. Kedatangan kami di sambut oleh Irfan dan keluarga abang ipar yang pulang lagi awal dari kami.

Tahun ini agak kurang meriah kerana banyak rumah yang tak pasang pelita. Mungkin disebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu tapi yang pasti dentuman bunyi mercun pasti ada setiap malam walaupun ekonomi meleset.

Tidak semua adik beradik Siti beraya di Pahang. Walaupun Kak Yah sekeluarga dan Alang tak dapat bersama tapi cukup untuk meriuhkan suasana kat rumah mertua aku yang biasanya sunyi. Anak-anak Along, angah dan aku dah cukup untuk menghuru-harakan rumah. Tak terkawal rasanya.

Jadi kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin kepada ipar aku semua termasuk Kak Yah, Along, Angah, Alang, Achik dan Saufee dengan harapan dua tahun lagi dapat berkumpul semua di Pahang. Insyaallah....

Malam keesokan raya kami semua terpaksa bergelap pasal Elektrik terputus. Jadi aku tidur agak awal malam tu. Aku tak sedar malam itu Angah sakit perut dan Along yang hantar ke Hospital Muadzam.

Keesokan pagi-pagi cari baju raya yang baru untuk ke masjid. Tahun ni bertemakan warna hijau. Selepas pakai baju rupanya baju kami sekeluarga sebijik macam baju keluarga Angah. Angah yang masih sakit tak dapat ke masjid jadi aku yang terpaksa bawa anak-anaknya untuk sembahyang raya. Oleh kerana baju kami semua sama jadi dia orang ingat anak aku punyalah ramai.
Balik sembahyang aku tak sempat nak makan ramai-ramai dan minta maaf kat semua pasal orang luar dah datang beraya. Satu keluarga ke satu keluarga datang jadi mak mertua aku cakap kalau nak makan pergi makan sendiri.

Satu hari aku tak kemana pasal ramai sangat saudara yang datang. Petang baru dapat rehat sikit. Keesokannya pagi pagi kita orang cepat-cepat keluar pergi beraya kat Palong, Negeri Sembilan dan Keratong 4.


Thursday, September 11, 2008

FAMILY DAY DI TIARA BEACH RESORT, NEGERI SEMBILAN


Salah satu aktiviti keluarga En Sarom 2008 adalah Family Day di Tiara Beach Resolt, Port Dickson. Aktiviti ini dicadangkan oleh Rahimi sekeluarga yang kebetulan ada tiket diskaun bercuti disini. Kemudian Isa dan Nora pergi survey lokasi tersebut dan booking 5 bilik hotel. Kebetulan hari itu adalah hari cuti sekolah.

Pada masa ini Keluarga along tidak dapat ikut serta kerana along ada kursus. Kami yang sepatutnya 6 keluarga besar berkumpul di sini hanya 5 keluarga saja pergi.

Aku sempat singgah di Pantai Port Dickson untuk melihat keindahan pantai. Memang best dan banyak aktiviti pantai. Aku beli peralatan mandi dan baju port dickson sebelum ke Tiara Beach.

Kami berkumpul di Pintu Guard Tiara Beach. Setelah mengambil kunci bilik masing-masing terus ke kolam permainan untuk bermain air. kami mandi hingga hampir malam. Waktu malam kami bermain video game, melihat pertunjukan orang dayak dan mengambil ambil angin tepi kolam.

Pukul 10 malam aku keluar dengan Jeman dan Ipin mencari kedai makanan tapi tidak ada satu kedai makanan pun yang buka. Jadi terpaksalah kami berpatah balik dan pergi kedai 7elevan untuk beli makanan ringan.

Rupanya angah dah siapkan makan malam di bilik dia. Selepas makan kami terus tidur untuk aktiviti esok pagi.

Pagi-pagi diaorang dah siapkan sandwish untuk sarapan. Aku, Jeman, Isa dan Ipin jalan-jalan tengok cuaca pagi dan terus ke gym. Budak-budak kecil pergi ke mini permainan. Selepas itu masing-masing pergi mandi dan bermain bola di kolam. Ada yang bermain basikal sehingga pukul 11.00pagi.

Pukul 12.00 tghhari kita semua check out.

Wednesday, September 10, 2008

SELAMAT BERTUNANG


Ini pertunangan Adik lelaki aku yang bernama Mohd Herwan (Isa) dengan Pasangannya Huda orang Tanjung Karang, Selangor pada 16 Ogos 2008.
Tanjung karang ni banyak tanaman padi dan masa tu tengah musim tanam semula. Dapatlah tengok bagaimana orang menanam padi menggunakan teknik semburan dan jentera. Best oooo...
Rombongan dengan 5 buah kenderaan dari Johor mengambil masa 6 jam untuk sampai rumah pihak perempuan. Penat bukan main. Rasa-rasa lepas ni kena sewa bas untuk ke majlis kahwin pulak. Baru lah rehat sikit.
Kami berkumpul di perhentian Dengkil untuk berehat dan makan. Dari Dengkil mengambil masa lebih kurang 1 1/2 jam perjalanan barulah sampai ke rumah sanggah. Sempat la jugak tukar baju, sembahyang, bersolek dan menghias hantaran.
Kami diwajibkan pakai baju batik yang di sponser oleh Abah demi menyahut seruan kerajaan.
Majlis bermula selepas zohor dan habis pukul 3.30 petang.
Agak meriah majlis kat sana. Mereka siap diri balai untuk sambut bakal besan baru... dah macam majlis kahwin aku tengok.
Kami pulang berasingan selepas majlis habis. Abah dan Angah terus balik Johor, Along balik Muar, Uda pergi Seremban dan aku masih tinggal di Tanjung Karang. Aku pergi rumah pakcik isteri aku yang terletak di tengah-tengah bendang sawah. Nama dia Pakde Tunggak. Seronok rasanya berada di sawah kerana luas permandangan dan anginnya kuat. Irfan terus ambil pancing yang sentiasa aku bawa untuk memancing di tali air depan rumah pakde. Adik beradik Bapa dan Mak mertua aku ramai di Tanjung Karang ni.. jadi tak perlu risau untuk bermalam di sini.
Keesokkan petangnya baru aku balik ke Pahang.

Tuesday, September 9, 2008

CAHAYA PENGAKUAN DAN KESYUKURAN


Nama saya Nur'Irfan Daniel. Sekarang umur 4 tahun. Saya dilahirkan pada hari jumaat pukul 12.45 tengahari pada bulan 1 tahun 2004. Keluarga mama saya panggil saya Irfan dan keluarga ayah saya panggil saya Daniel tapi atuk panggil saya Donald. Apa la atuk nii..

Saya ada 2 atuk dan 2 nenek. Kalau nenek sebelah ayah di Johor saya panggil nenek kampung. Nenek sebelah mama di Pahang saya panggil nenek embah.

Saya tinggal dengan nenek embah kat Pahang. Saya kesian kat nenek embah kerana tak ada kawan. Nenek hanya tinggal dengan atuk di rumah jadi saya kena temankan nenek. Biasanya ayah dan mama akan datang tengok saya sebulan sekali. Rindu juga dengan ayah, mama dan baby. Nenek saya sekolahkan saya ketika umur 3 tahun di sekolah tadika. Sekarang saya masih sekolah di sekolah yang sama dan di ajar oleh Cikgu Masitah.

Walaupun kawan-kawan saya berumur 6 tahun tapi saya yang paling besar di sekolah. Saya selalu belajar mewarna dan bersenam kat sekolah. Di rumah nenek akan ajar saya mengaji dan sembahyang. Saya dah pandai baca doa tapi doa makan la... sekarang belajar baca doa ambil air sembahyang dan banyak lagi...

Saya suka tolong nenek saya buat kuih setiap pagi tapi saya suka tolong tengok aje..he..he..

Biasanya mama akan telepon saya sehari sekali. Mama selalu tanya saya buat apa hari-hari.. kadang-kadang saya malas nak cakap pasal angin senggugut saya datang.. saya cuma cakap sekejap aje. lepas tu saya suruh nenek yang cakap pasal saya nak tengok astro ceria. he..he..

Saya memang petah bercakap sebab itu saya ramai kawan. Saya tak kisah berkawan dengan sesiapa saja. Orang tua pun boleh jadi kawan saya.

Saya semasa umur 1 tahun. Saya peminat setia MU fan club.


Umur 3 tahun saya minat pada F1.

CAHAYA BISIKAN RAHSIA KEHORMATAN


Nama saya Nur Irdina Najwa. Umur saya 1 tahun 2 bulan. Saya lahir pada bulan 7 tahun 2007. Keluarga sebelah mama panggil saya Dina, keluarga sebelah ayah pulak panggil saya Najwa..emm wawa pun ada.. tapi ayah dan mama panggil saya baby aje..
Saya kuat minum susu. Kalau tak percaya tengok pipi saya...montel kan? Saya juga kuat minum air masak. Selepas minum susu saya pasti akan minum air masak pulak.
Saya ni proaktif dan manja. Saya pernah menang tempat keempat pertandingan bayi merangkak anjuran sebuah pasaraya kipmart ketika umur saya 10 bulan. Ketika itu saya demam. Saya dapat hadiah sijil, hamper dan voucher. Ok la tu.. Saya selalu tolong mama kemas rumah, kemas dapur, lipat baju dan macam-macam lagi. Mama selalu bising kalau saya tolong. Saya nak tolong pun tak bolehhh....
Saya suka tengok kapal, ikan berenang, dengar lagu dan tengok iklan tv. Rancangan kegemaran saya ialah dokumentari tentang binatang. Lagu kegemaran saya ialah Tak Ada Logika dari Agnes Monica.

Tuesday, September 2, 2008

Salam Ramadan


Bersempena menjelangnya Ramadhan yang mulia ini,saya menyusun sepuluh jari memohon maaf di atas keterlanjuran kata dan perbuatan, yang menyinggung perasaan saudara saudari dan atas segala kesilapan yang telah berlaku disepanjang persahatan kita selama ini. Mohon dihalalkan segala pemberian ,makan dan minum. Semoga Allah mengampuni semua dosa-dosa kita dan memberikan
barokahnya dibulan yang penuh Hikmah ini.


Sekian, terima kasih

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN


" Marhabban Ya Ramadhan, Mohon Maaf Zahir dan Batin. "

Thursday, August 21, 2008

PENGENALAN

Assalamualaikum…

Blog ini diterbitkan oleh salah seorang ahli keluarga En. Sarom Bin Ahmad dan Pasangannya Pn. Surti Bte Kasmuni (Keluarga S&S) iaitu Jamani Bin Sarom atau lebih di kenali sebagai Ijan dalam keluarganya.(Aku la tu..)

Idea menerbitkan blog ini bermula ketika sambutan hari raya puasa pada tahun 2003. Dah lama dah... 5 tahun lamanya.. dimana semua ahli keluarga En. Sarom berkumpul.. Timbullah cadangan agar dapat keluarga ini dihimpunkan semua dan diabadikan dalam satu majalah tetapi disebabkan kesibukkan masa dan kurangnya sumber maka majalah belum dapat di keluarkan.

Alhamdullillah adanya blog seperti ini akhirnya ia dapat digunakan sebagai satu cara pengumpulan maklumat. Terima kasih kepada kawan aku saudara Nizam bin Abdul Manan kerana memperkenalkan blog ini.


Keluarga S&S yang bermaksud Sarom & Surti diterbitkan agar ia dapat dijadikan kenangan dan mengeratkan lagi perhubungan kekeluargaan yang telah terjalin lebih dari 30 tahun yang lalu. Harap ia akan dijadikan contoh serta teladan kepada setiap genarasi akan datang terutama keluarga aku sendiri.


Happy Family

Happy Family