Thursday, October 9, 2008

Raya 2008

Raya tahun ni turn aku sambut di rumah mertua di pahang. Oleh kerana aku dapat cuti awal jadi sebelum raya aku balik ke rumah orang tua dulu di Kota Tinggi. Sempatlah juga pasang pelita kat sana. Aku bertolak ke pahang pada 2 hari sebelum raya pasal Siti kata nak tolong mak dia buat persiapan raya.

Sebelum ke Pahang aku ke bandar Johor Bahru kerana ada kerja yang hendak di selesaikan. Kenderaan agak lengang pada hari itu jadi aku ambil masa 4 jam untuk sampai ke rumah mertua. Kedatangan kami di sambut oleh Irfan dan keluarga abang ipar yang pulang lagi awal dari kami.

Tahun ini agak kurang meriah kerana banyak rumah yang tak pasang pelita. Mungkin disebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu tapi yang pasti dentuman bunyi mercun pasti ada setiap malam walaupun ekonomi meleset.

Tidak semua adik beradik Siti beraya di Pahang. Walaupun Kak Yah sekeluarga dan Alang tak dapat bersama tapi cukup untuk meriuhkan suasana kat rumah mertua aku yang biasanya sunyi. Anak-anak Along, angah dan aku dah cukup untuk menghuru-harakan rumah. Tak terkawal rasanya.

Jadi kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin kepada ipar aku semua termasuk Kak Yah, Along, Angah, Alang, Achik dan Saufee dengan harapan dua tahun lagi dapat berkumpul semua di Pahang. Insyaallah....

Malam keesokan raya kami semua terpaksa bergelap pasal Elektrik terputus. Jadi aku tidur agak awal malam tu. Aku tak sedar malam itu Angah sakit perut dan Along yang hantar ke Hospital Muadzam.

Keesokan pagi-pagi cari baju raya yang baru untuk ke masjid. Tahun ni bertemakan warna hijau. Selepas pakai baju rupanya baju kami sekeluarga sebijik macam baju keluarga Angah. Angah yang masih sakit tak dapat ke masjid jadi aku yang terpaksa bawa anak-anaknya untuk sembahyang raya. Oleh kerana baju kami semua sama jadi dia orang ingat anak aku punyalah ramai.
Balik sembahyang aku tak sempat nak makan ramai-ramai dan minta maaf kat semua pasal orang luar dah datang beraya. Satu keluarga ke satu keluarga datang jadi mak mertua aku cakap kalau nak makan pergi makan sendiri.

Satu hari aku tak kemana pasal ramai sangat saudara yang datang. Petang baru dapat rehat sikit. Keesokannya pagi pagi kita orang cepat-cepat keluar pergi beraya kat Palong, Negeri Sembilan dan Keratong 4.


No comments:

Happy Family

Happy Family